Friday, April 06, 2012

Bila Masanya Kaunseling Diperlukan?

  1. Rasional Perkhidmatan Kaunseling

    Kewujudan Ketegangan dan ketidakpuasan ditempat kerja.
    Ketidakseimbangan emosi.
    Kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan.
    Perbezaan individu yang bertentangan dengan imej korporat.
    Konflik peranan dengan caragaya pentadbiran pengurus.
    Perbezaan di antara keperluan personel dengan polisi jabatan.
    Prestasi kerja yang tidak memuaskan dan tabiat kerja yang tidak baik.
    Masalah peribadi dan keluarga.
    Kebosanan kerja dan kekurangan pergerakan kerjaya.
    Keperluan pertolongan untuk mengembangkan sesuatu tingkah laku.
    Keperluan sokongan dalam menghadapi krisis semasa.
    Mengapa Kaunseling Diperlukan
    Masalah Pencapaian Mutu Kerja
    Masalah Sikap
    Masalah Penyesuaian Diri
    Stress Di tempat Kerja
    Masalah Situasi

 Bila Masanya Kaunseling Diperlukan?
  1. Kurang keyakinan diri
  2. Masalah perhubungan dengan rakan
  3. Masalah peribadi
  4. Pengurusan diri, Masalah lupa, sukar menguruskan masa, sukar menumpukan perhatian dalam kelas
  5. Pengaruh rakan sebaya
  6. Masalah komunikasi, hilang minat, persekitaran dan lain-lain
  7. Masalah emosi, trauma, fobia, rendah diri, pasif, cemburu dan menyendiri
  8. Kemahiran ketegasan diri, kemahiran belajar
  9. Kemahiran menguruskan tekanan dan kemarahan
  10. Ingin tahu personaliti dan mengenali diri
  11. Ingin merancang melanjutkan pelajaran dan dunia kerjaya
  12. Dan seterusnya

CIRI-CIRI PERIBADI KAUNSELOR

ANTARA CIRI-CIRI PERIBADI KAUNSELOR
 
 
  1. Berilmu dan bersifat lemah lembut
  2. Bersifat pengasih dan penyayang
  3. Mempunyai nilai moral yang tinggi
  4. Sabar dan tenang fikiran, tidak gopoh dan tidak gemuruh
  5. Tidak panas baran
  6. Manis lidah, tidak celupa dan bersih hati
  7. Mempunyai keyakinan diri
  8. Menyedari tugasnya untuk menolong bukan untuk menghukum
  9. Bersifat amanah dan setia janji
  10. Tidak mudah jemu dan tidak mudah bosan
  11. Bijak menggunakan kata-kata halus dan menyenangkan hati orang lain
  12. Berkebolehan untuk meyakinkan individu yang bermasalah
  13. Rasa kasih dan hormat kepada orang yang mempunyai masalah.
  14. Kaunselor sebagai model bermaksud kaunselor belajar melalui latihan dan meniru tingkah laku orang lain. Klien akan mencontohi sikap dan tingkah laku kaunselor.
  15. Kaunselor perlu peka terhadap nilai-nilai
  16. Bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya untuk mewujudkan model yang stabil bagi menjalinkan perhubungan dan seterusnya bantu menyelesaikan masalah klien.
  17. Kaunselor perlu ada sifat mesra, menerima, memahami, menolong, peramah, mudah didampingi, mengambil berat tentang diri, klien, menjalinkan perhubungan yang tidak mengancam klien.
  18. Berani menjalankan proses kaunseling untuk menolong  individu lain.
  19. Kaunselor perlu berani dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

JADUAL UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 580 AKTA KAUNSELOR 1998

JADUAL UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 580 AKTA KAUNSELOR 1998



Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran dan amalan kaunselor dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [ ]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG

oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

BAHAGIAN I PERMULAAN

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kaunselor 1998 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. (2) Akta ini tidak terpakai bagi (a) mana-mana profesional kesihatan; atau
(b) mana-mana syarikat, pertubuhan atau pihak berkuasa tempatan yang memberi perkhidmatan jagaan kesihatan seperti hospital, rumah rawatan, hospis, bank darah, hospital psikiatri, pusat jagaan ambulatori, rumah bersalin, pusat haemodialisis, pusat kesihatan mental masyarakat, rumah rawatan psikiatri, klinik perubatan atau pergigian, atau apa- apa kemudahan jagaan kesihatan yang lain.

2. Dalam Akta ini,melainkan jika konteksnya menghendaki Tafsiran. makna yang lain� “Daftar” ertinya Daftar Kaunselor yang disimpan dan disenggara di bawah seksyen 19; “ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; Undang-Undang Malaysia AKTA 580 “institusi pendidikan tinggi” ertinya mana-mana institusi yang ditubuhkan di bawah Akta Uni versiti dan Kolej Universiti 1971 atau Akta Institut Teknologi MARA 1976 atau Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; “Jawatankuasa Penyiasatan” ertinya Jawatankuasa Penyiasatan yang ditubuhkan di bawah perenggan 36(2)foJ; “JawatankuasaTatatertib”ertinyaJawatankuasaTatatertib yang ditubuhkan di bawah perenggan 36(2)(b); “kaunselor” ertinya seseorang yang mengadakan perkhidmatan kaunseling bagi suatu fee yang ditetapkan atau apa-apa balasan lain; “kaunselor berdaftar” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah seksyen 26 atau 27; “Lembaga” ertinya Lembaga Kaunselor yang ditubuhkan di bawah seksyen 11; “Majlis” ertinya Majlis Penasihat KaunselorMalaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; “Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat; “Pendaftar” ertinya Pendaftar Kaunselor yang dilantik di bawah subseksyen 18(1); “kaunseling” ertinya suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien; “perakuan amalan” ertinya perakuan amalan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 27(4) atau 28(3), mengikut mana-mana yang berkenaan; “perakuan pendartaran” ertinya perakuan yangdikeluarkan di bawah subseksyen 26(2) dan termasuklah suatu pendua bagi perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen 32(2); 8 Akta 3O. Akta 173. Akta 555. Kaunselor “perakuan pendaftaran sementara” ertinya perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 27(4) dan termasuklah suatu pendua bagi perakuan pendaftaran sementara yang dikeluarkan di bawah subseksyen 32(2); “pertubuhan” ertinya pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966; “pihak berkuasa tempatan” ertinya pihak berkuasa tempatan yang ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976; “Presiden” ertinya Presiden Lembaga Kaunselor; “profesional kesihatan” termasuklah pengamal perubatan, ahli psikologi perubatan dan klinikal, jururawat, bidan, pembantu perubatan dan mana-mana orang yang terlibat dalam memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan; “syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 1965.

BAHAGIAN II MAJLIS PENASIHAT KAUNSELOR MALAYSIA

3. Maka adalah ditubuhkan suatu majlis penasihat yang hendaklah dikenali sebagai
“Majlis Penasihat Kaunselor Malaysia”.

Thursday, April 05, 2012

Etika e-Kaunseling

ETIKA DAN GARIS PANDUAN 

PERKHIDMATAN E-KAUNSELING 

 

ETIKA DAN GARISPANDUAN PERKHIDMATAN E-KAUNSELING 

Perkhidmatan e-kaunseling ini telah mendapat sambutan tetapi sejauh mana perkhidmatan ini memberi perkhidmatan kaunseling yang sebenar walaupun melalui medium internet tidak dapat dipastikan. 
 
Bagaimana klien dapat memastikan mereka mendapat perkhidmatan yang berkualiti dari kaunselor bertauliah. Pengiktirafan merupakan satu-satunya cara bagi memastikan perkhidmatan e-kaunseling ini setanding dengan perkhidmatan kaunseling bersemuka. 
 
Pada lewat 1990, satu Institut untuk menjalankan kajian dan penawaran perkhidmatan e-kaunseling telah ditubuhkan. Institut yang beroperasi di Amerika Syarikat iaitu International Society of Mental Health Online (ISMHO) bertanggungjawab menjalankan kajian, pemantauan dan penggubalan etika dalam menjalankan perkhidmatan e-kaunseling (Chester & Glass, 2006; Fenichel et al, 2002; Griffith & Cooper, 2003). Dengan penubuhan institut ini kawalan kualiti ke atas perkhidmatan e-kaunseling dapat dipastikan dengan pematuhan kepada etika dan garispanduan yang telah ditetapkan oleh ISMHO.
Selain garispanduan yang dikeluarkan oleh ISMHO, terdapat beberapa pertubuhan kaunseling dan psikoterapi dunia telah mengiktiraf perkhidmatan e-kaunseling dengan mengeluarkan etika dan garis panduan untuk tujuan kawalan dan penyeragaman (Bloom, 1998; Graham, 2000; Griffith & Cooper, 2003; Hall, 2004; Robson & Robson, 2000; Sampson, Kolodinsky & Greeno, 1997). Antara pertubuhan dan badan kaunseling yang mengeluarkan etika dan garis panduan perkhidmatan e-kaunseling ialah American Psychological Association (APA), National Board for Certified Counselors (NBCC), British Association for Counselling and Psychotherapy (BACP) dan Lembaga Kaunselor Malaysia.
American Psychological Association (APA)
Pada 1997, American Psychological Association (APA) mengeluarkan tatacara bagi perkhidmatan melalui internet pada tahun 1997 iaitu “APA Statement on Services by Telephone, Teleconferencing and Internet”. APA mencadangkan semua kaunselor yang berminat menjalankan perkhidmatan secara internet untuk mengamalkan semua kod Etika APA dan disokong oleh garis panduan ini.
National Board for Certified Counsellors (NBCC)
Pada tahun 1997, National Board for Certified Counselors (NBCC) juga mengeluarkan Standards for Ethical practice of Web Counselling. Kedua-dua kod etika oleh APA dan NBCC menjadi panduan pengamal-
pengamal perkhidmatan e-kaunseling. Terdapat 13 isu yang diperlu diberi perhatian oleh e-kaunselor iaitu;
1.      Mengambil kira semua kod legal dan etikal
2.      Memaklumkan klien langkah kerahsiaan (encryption)
3.      Memaklumkan klien tempoh data disimpan
4.      Mengambil langkah menangni penceroboh web (impostors)
5.      Mendapat kebenaran penjaga bagi klien bawah umur
6.      Mengambil langkah yang sewajarnya dalam menyekat penyebaran maklumat klien
7.      Menyatakan batas-batas e-kaunselor kepada klien
8.      Menyediakan rangkaian kepada web badan berlesan yang mengamalkan kaunseling
9.      Menyatakan tauliah kaunselor kepada klien
10.  Menyediakan alamat web/talian alternatif untuk klien hubungi sekiranya kaunselor off-line
11.  Menyatakan jenis-jenis masalah yang tidak sesuai ditangani secara e-kaunseling.
12.  Menyatakan kepada klien tentang limitasi gangguan teknikal. Menyediakan protokol chat yang boleh digunakan bagi mengatasi salah faham.
American Counseling Association
American Counseling Association mengeluarkan garispanduan The Ethics Standards for Internet Online Counseling pada tahun 1999 sebagai panduan yang seragam dalam menggunakan medium internet dalam penawaran perkhidmatan e-kaunseling. Kod Etika American Counseling Association ini menyenaraikan semua 13 garispanduan yang dikeluarkan oleh NBCC dan menambah beberapa komponen lagi iaitu kaunselor perlu menyatakan kepada klien tentang;
1. tiada jaminan kerahsiaan melalui internet tetapi telah mengambil langkah yang sepatutnya untuk tujuan encryption
2. maklumat lengkap diri kaunselor.
3. menyediakan perkhidmatan dalam ruang kepakarannya sahaja.
4. keperluan kaunselor mendapatkan nombor (contact number) klien sekiranya ada kecemasan
5. menyediakan talian alternatif untuk dihubungi oleh klien sekiranya kecemasan.
British Association for Counselling and Psychotherapy (BACP)
Pada 2001, British Association for Counselling and Psychotherapy (BACP) telah mengeluarkan etika dan garis panduan yang bertajuk Online Counselling Guidelines. Bagi memenuhi kepesatan teknikal internet, BACP mengemaskinikan dan telah menyemak semula garis panduan tersebut pada 2005.
International Society of Mental Health Online
International Society of Mental Health Online selaku institut yang memantau dan mengawal perkhidmatan e-kaunseling juga tidak terkecuali. ISMHO telah mengeluarkan “Garis Panduan Menjalankan Perkhidmatan E-Kaunseling” tahun 1999. (Chester & Glass, 2006; Hall, 2004; Manhal-Baugus, 2001). 3 elemen utama dalam operasi e-kaunseling ialah;
1. Informed Consent- setiap klien menandatangani borang aku janji selepas mendapat maklumat tentang proses e-kaunseling, latar belakang e-kaunselor, kelebihan dan kelemahan perkhidmatan e-kaunseling, dan risiko e-kaunseling.
2. Standard Operating Procedures- antara perkara dalam komponen ini ialah keperluan hardware, tatacara dan prosedur e-kaunseling, kerahsiaan, encryption, modaliti dan protokol e-kaunseling.
3. Emergencies – senarai talian yang boleh dihubungi sekiranya bantuan diperlukan.
Lembaga Kaunselor Malaysia
Kepesatan perkhidmatan kaunseling secara maya ini juga mendapat perhatian di negara kita. Lembaga Kaunselor sebagai organisasi yang memantau perkhidmatan kaunseling di Malaysia juga telah mengeluarkan “Kod Etika Perkhidmatan Kaunseling Secara Talian” sebagai panduan pengamal e-kaunseling khusus di Malaysia (Amir Awang, 2006).
Universiti Sains Malaysia
Malah Universiti Sains Malaysia telah mengeluarkan “Kod Etika Kaunseling Online Universiti Sains Malaysia” (Zaida Nor, 2006). Kod etika ini digubal kerana universiti ini menawarkan perkhidmatan e-kaunseling kepada pelajar-pelajarnya. Penggubalan kod etika ni bagi membantu kaunselor terlatih dan kaunselor pelatih di universiti berkenaan menjalankan perkhidmatan e-kaunseling di laman web rasmi mereka sebelum Kod Etika yang digubal Lembaga Kaunselor dikeluarkan.
Ethical Intent Checklist
Shaw& Shaw, 2006 telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan senarai semak bagi pengamal e-kaunseling memastikan mereka telah mematuhi kod etika yang digariskan. Senarai semak ini dibina berasaskan ACA Ethical Standards for Internet Counseling (1999). Kewujudan senarai semak ini membolehkan pengamal e-kaunseling
menawarkan perkhidmatan mereka tanpa bimbang tersasar dari garis panduan dan etika amalan e-kaunseling. (Shaw & Shaw, 2006).
Lain-lain badan kaunseling dunia
Beberapa garis panduan tentang perkhidmatan e-kaunseling ini juga dikeluarkan mengikut negara seperti di Kanada dan Australia (Chester & Glass, 2006). Malah buku panduan e-kaunseling juga telah terbit di pasaran seperti Online Counseling: A Handbook for Mental Health Professionals oleh Kraus et. al. dan Technology in Counseling and Psychotherapy: A Practitioner’s Guide oleh Goss & Anthony (Chester & Glass, 2006).
Pengiktirafan yang telah diberikan dengan terhasilnya garis panduan dan kod etika perkhidmatan e-kaunseling membuktikan perkhidmatan ini mampu memberi kesan yang positif kepada pengguna (Bloom, 1998; Graham, 2000; Griffith & Cooper, 2003; Hall, 2004) dan memastikan pengguna mendapat perkhidmatan kaunseling yang berkualiti walaupun melalui medium internet. Penggubalan garis panduan dan kod etika ini sekali gus akan memastikan penawaran perkhidmatan e-kaunseling tidak dilakukan secara semberono yang akan menjejaskan pengguna mahupun nama baik perkhidmatan kaunseling itu sendiri.
Bibliografi
1.                  Amir Awang (2006) Kod Etika Kaunselor, Sidang Pleno Persidangan Kebangsaan Lembaga Kaunselor 2006, Hotel Legend, Kuala Lumpur.
2.                  Bloom, J..W. (1998) The ethical practice of Webcounselling. British Journal of Guidance and Counselling, 26(1), 53-59.
3.                  Chester, A. & Glass, C. (2006). Online Counselling: A descriptive analysis of therapy services on the Internet. British Journal of Guidance & Counselling, 34 (2), 145-160.
4.                  Fenichel,M., Suler,J., Azy Barak, Jones,G., Kali Munro, Vagdevi Meunier (2000). Myths and realities of online clinical work. http://www.kalimunro.com/article_online_therapy.htm. Diakses pada 9 Mei 2006.
5.                  Graham, C. (2000). Ethical Issues in asynchronous text-based counseling and psychotherapy. http//:www.members.sol.com/thesis.htm Diakses pada 1 Mei 2005.
6.                  Griffith, M.D, & Cooper, G. (2003). Online therapy: Implication for problem gamblers and clinicians. British Journal of Guidance and Counselling, 31(1), 113-135.
7.                  Hall, P. (2004). Online psychosexual therapy: A summary of pilot study findings. Sexual and Relationship Therapy, 19(2), 167-178.
8.                  Manhal-Baugus, M. (2001). E-Therapy: Practical, Ethical and Legal Issues. Cyberpsychology & Behavior, 4(5), 551-563.
9.                  Robson, D. & Robson, M. (2000). Ethical issues in internet counseling. Counselling Psychology Quarterly, 13(3), 249-257.
10.              Sampson, J., Kolodinsky, R., Greeno, B.P. (1997). Counselling in the information highway: future possibilities and potential problems. Journal of Counselling and Development, 75, 205-221.
11.              Shaw, H.E. & Shaw, S.F. (2006). Critical Ethical Issues in Online Counseling: Assessing Current Practices With an Ethical Intent Checklist. Journal of Counseling & Development, 84, 41-53.
12.              Zaida Nor bt Zainudin (2006). Perhubungan Menolong Secara Maya: Satu Penelitian. Kertas kerja dibentang dalam Persidangan Lembaga Kaunselor, Hotel Legend, Kuala Lumpur.

Anda ada Masalah? Tanya Di Sini

Anda ada Masalah? Tanya Di Sini

Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia Tafsiran Ar-Rahman

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

  ( Al baqarah :286 )

Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris Tafsiran Abdullah Yusuf Ali

On no soul doth Allah Place a burden greater than it can bear. It gets every good that it earns, and it suffers every ill that it earns. (Pray:) "Our Lord! Condemn us not if we forget or fall into error our Lord! Lay not on us a burden Like that which Thou didst lay on those before us Our Lord! Lay not on us a burden greater than we have strength to bear. Blot out our sins, and grant us forgiveness. Have mercy on us. Thou art ourProtector Help us against those who stand against faith."

( Al baqarah :286 )



ULASAN AYAT :

  • Setiap manusia yang ALLAH cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia yang sementara ini. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, ALLAH uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. ALLAH menguji seseorang itu kerana mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada ALLAH hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
  • Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada ALLAH kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.
  • ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. ALLAH  mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi ALLAH berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya. 

  • ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah yang ALLAH sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti ALLAH telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
  • Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada ALLAH, DIA tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada ALLAH. Selalu diingatkan yang ALLAH tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, ALLAH itu Maha Mendengar. 

  • Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah zahirkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

  • Kita juga perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian, tanda ALLAH sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan ALLAH. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!. 
 WALLAHU’ALAM

Jika ada sebarang masalah dan memerlukan khidmat kaunseling secara maya, sila tinggalkan mesej di contact form di sidebar kanan anda.